MATERI

KATA-KATA MUTIARA

 

Mutiara Kata Hikmah Dan Kata-Kata Semangat : Kita manusia tidak pernah lari dari masalah sama ada kecil mahupun besar. Walau bagaimanapaun setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Pelbagai cara yang boleh diusahakan bagi menyelesaikan masalah mengikut kemampuan masing-masing. Namun ada yang tidak tau bahawa dengan kata-kata juga mungkin dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah dan juga dapat mengurangkan kekusutan anda.

Jadi disini Dr Fuh kongsikan 101 Kata-kata himah, mutiara kata dan juga kata-kata semangat bagi membangkitkan semangat dan motivasi anda untuk menempuhi cabaran dan dugaan mendatang.

  1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar  

senyuman.

  1. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang berlayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuahM    

    kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk  

    asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.  

    Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup

    tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi

    sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan  

    riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang  

     berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-

      kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan   

      agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan

      perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan

    itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat

      kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan

      memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan

      kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula

      bercakap kosong.

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika

      ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda

      memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena

      jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri

      dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu

      serendah mutiara di lautan.

23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia

      melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti

      pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan

      sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang

      menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat

      merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki

      itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi

     esok yang pastikan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi

      yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia

      membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca

      itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,  

      menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan

      waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk

      bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu

      beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya

      kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan

      manisnya dalam hati…

33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-

      bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa

       menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah

      Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar

      Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas

      kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi

      jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia

      boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya

      perasaan”

39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri

      sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu

      dgn baik berlandaskan kenyataan”

40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman

        seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup

        menerima penderitaan.

 

 

41. Hadiah Terbaik :

Kepada kawan – Kesetiaan

Kepada musuh – Kemaafan

Kepada ketua – Khidmat

Kepada yang muda – Contoh terbaik

Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan

Kepada manusia – Kebebasan

42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu

        cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk

       diri dan menyakiti orang lain.”

44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal

        supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

 

45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu

        tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang

        lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari

        nenek moyang”

48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber

        teman..”

49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan

        jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain

        menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan

        terkejut dengan hasilnya.”

 

53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat

        apa yang ora ng lain ada.”

54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita     

        berikan padanya.”

55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal

        pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”

56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”

57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa

        yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal

        abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan

        yang menjelma..”

59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat

        yang tidak pernah mengalah.”

60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan

        perkara yang betul.”

61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang

        terbaik.”

62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang

       dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63.kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα

     → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn

64.Orang yang bersih hati, ada tanda di wajahnya.

65. Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih.begitu kasih hingga mahu sama-sama dikasihi

      yang Maha Pengasih.

66.Sejahil mana pun manusia, mereka akan kembali mencari Tuhan dan kebaikan.

67. Apa perasaan kita apabila kita tahu tuhan memanggil kita ‘wahai sayang’?

68. Jangan tunggu orang yang sempurna untuk nasihatkan kita sebab takda manusia yg

      sempurna di muka bumi ALLAH ini..hanya ALLAH yang Maha Sempurna

69. ” Hai anak muda,jangan sangka matimu tua! “

70. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka ‘lebih lurus’ berbanding jalan ke

      syurga.

71. “… Kami melakukan dosa yang sepatutnya Engkau wajar mengazab kami, namun

       Kau ilhamkan taubat kepada kami”

72. cantik nye susun atur allah. iktibar itu dimana-mana. hari ni pelangi, esok lusa salji..

73. Tak de orang melihat air mata kita Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi

74. Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya

      sedang ditenun. ~ Imam asy Syafi’e

75. Allah mendidik/mentarbiyyah manusia dengan cara berbeza.Tuhan,jangan bebankan

      kami,yang tidak kami terdaya.

76.”Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah

       wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.”

77. Manusia itu belajar dari kesilapan.

 

78. Mereka yang berubah kerana terpaksa, mereka itulah mangsa. Mereka yang memaksa

     diri untuk berubah, mereka itulah yang berjaya. [Abu Saif, Rindu Bau Pohon Tin]

79. Allah itu dekat.

80. Hatta seribu tahun dan sejuta mimpi pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.

81. Belajar kerana Allah… inshaAllah akhlak akan berubah…

82. Tanda kita belum baik ialah apabila kita selalu merasakan kita lebih baik dari orang

      lain.

83. Maksiat lawannya taat.

84. “Untuk mendapat yang dicintai bersabarlah menempuh yang dibenci.”

85. “Ya Allah, jadikan kami hamba yang sihat & taat”

86. Kalau kita ketuk pintu rumah orang pukul 3,4 pagi, mesti orang marah giler. Tapi

      kalau waktu sebegitu kita ketuk pintu Tuhan, Tuhan sangat gembira dan suka

      menerima hambanya…

87. “Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah..”

      (Surah Yusuf: 86)

88. mulakan hari mu dengan memuji Allah….

89. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan

      perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada

     dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. ..

90. Mengingati Allah itu satu keperluan melebihi dari perlunya kita kepada oksigen. Kita

      tidak kan mampu menghirup kebaikan yg ada sepanjang perjalanan kehidupan tanpa

      hidayah dan taufik dari Allah swt~

91. jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.

92. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

93. “Hakikat tanpa syariat itu fasik, Syariat tanpa hakikat itu sia-sia, Syariat beserta

      dengan hakikat itulah sempurna”

94. cukuplah mati sebagai satu peringatan.

95. Matang bukan syarat nikah. Sama macam tua bukan syarat mati. Yang muda pun

       ramai mati, yang tak matang pun ramai menikah.

96. “cabut kemuncup sambil berjalan. jangan sampai ralit hingga berhenti berjalan”  

        (mafhum)

97. *even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal, tapi

        kita?

98. Mahu suami soleh & isteri solehah?Mahu anak-anak yang soleh solehah?Psss, tanya

     diri dulu. ‘Diri’ kita itu sudah menjadi soleh solehah untuk ibu bapa kita tak?

99. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do’a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita

      mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.

100. Org yang ada Allah.. Ada segala galanya – Prof muhaya.

101. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu..jika

        anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Kuasa.

 

Sumber: Mutiara Kata Hikmah Dan Kata-Kata Semangat | Fuh.My

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: